Thursday, November 17, 2011

Nur Qurratu'aini


Nur Qurratu'aini.....
Apa direnung...
Apa Difikir.....

Satu je harapan Ummi dengan Tayah...
Moga menjadi anak yang solehah....
Berbakti untuk agama dan negara.....

Insyallah...






P/S: Tayah baru belajar 'menembak' guna DSLR....

Monday, October 3, 2011

2 budak botak


Ini le due budak botak tu....
ade je koje deme......
kalo udah namenye tag team....
ape2 mesti ndak berdue....

Anak Tayah dgn Tayah

Saturday, May 7, 2011

Dua Generasi


2 gambar diatas gambar Amzar dengan moyangnya...
Puan Hajjah Eshah binti Seman.....
walaupun bertongkat dan daya ingatan makin kurang....
tapi bila bermain dengan cicit-cicit nya bukan main lagi seronoknya...

Amzar pula, suka bila ada orang melayan dia...
tengok la tu, sambil tersengih-sengih duduk dengan moyangnya....
beza umur Amzar dengan moyangnya 79 tahun.....
tapi orang dulu-dulu selalu register kelahiran lambat...

tarikh yang tertera pada IC moyang dia 8 Ogos 1931....
Amzar pulak 12 September 2010.....
bayangkan jauhnya beza umur mereka berdua...
tapi hubungan antara moyang dengan cicitnya tetap teguh walaupun umur jauh berbeza....

Thursday, May 5, 2011

Gigit

Minggu lepas 1 Mei 2011 famili Encik Tayah di Ipoh adakan majlis kenduri tahlil untuk arwah Tok bebudak bertiga ni. Biasalah bila sudah kenduri adik-beradik semuanya balik termasuk lah sepupu-sepupu bebudak bertiga ni. Famili sebelah Ipoh ni Opah bebudak bertiga ni dah ada 5 cucu termasuk lah bebudak bertiga ni. Kakak (Nur Qurratu'aini) satu-satunya cucu perempuan keluarga sebelah Encik Tayah. Tapi tak juga dimanjakan sangat.

Bukan seronok lagi la bebudak ni bila sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.Amsyar agak rapat dengan anak maklong dia, si Haziq. Maklumlah umur pun tak jauh dengan Amsyar. Beza bulan je.Mula-mula memangok bebudak berdua ni. Tapi bila dah lama sikit mula lah 'berlaga angin' ada je yang tak kena. Dan hasilnya cuba tengok kat 3 keping gambar kat bawah ni.

nampak tak ada dua kesan merah disebelah tepi telinga dan juga disebelah hidung Amsyar.
Itulah dia hadiah dari Haziq. Bila dah 'berlaga angin' si Haziq gigit pipi si Amsyar.


masa kena gigit tu jangan tanya lah macam mana si Amsyar menangis.
maklumlah si Haziq gigit sebab geram. Nak marah pun tak guna. Budak-budak lah katakan.

dari jarak dekat. Kesian Amsyar.

Tuesday, April 26, 2011

Ayah, Kakak nak Kahwin!

Ateh @ Mak Teh bebudak bertiga ni dah pun selamat berkahwin pada 23 April 2011 yang lepas...
Bebudak bertuah ni terutamanya kakak yang agak teruja dengan ramainya orang yang datang ke majlis perkahwinan Ateh mereka.....

Tambah2 pulak Ateh mereka di layan bagai puteri.....
Baju cantik.....
Duduk di pelamin.....
Siap bersolek......
Makan pun special.....
Ada sesi bergambar.....
Lagi lah kakak makin teruja....

Malam nya,
kakak sampaikan hasrat dia pada tayah....
'Ayah, kakak nak kahwin!'
Tayah terdiam......

Saturday, April 23, 2011

Si Amsyar bergunting rambut

Memandangkan semalam tayah ada di kampung....
Menguruskan majlis pernikahan adik ipar....
Sempat juga la ke Bandar Taiping...
Beli sikit barang2 untuk persiapan terakhir majlis nanti.....

Dah sampai ke Taiping ni....
Ternampak la ada kedai gunting....
Kebetulan tayah memang nak bergunting rambut.....
Rambut si Amsyar pun agak panjang...

Jadi gunting sekali la rambut dia....
Tengok lah gelagat dia bergunting semalam....
Memang jenuh nak gunting rambut si AMsyar ni....
terpakasa la Tayah pegang dia.....





Monday, April 18, 2011

Amsyar Merenung Masa Depan??

Gambar laut dari Jeti Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam...
Laut yang kosong........

Amsyar....memerhatikan bot yang lalu

Kali ni dengan pandangan jauh....
sambil berkerut dahi....
apa agaknya yang si Amsyar fikirkan???

Sama macam gambar di atas....
jauh pandangan Amsyar.....
agaknya merenung masa depan???

Monday, April 11, 2011

Kesian anak2 tayah

Anak2 Ummi & Tayah
Nur Qurratu'aini
Muhammad Nizar Amsyar
Muhammad Daniel Amzar


Minggu ni macam yang dibagitau kat blog tayah kat D_08....
Ummi bebudak bertiga ni takde....
Ummi berkursus seminggu di Sabak Bernam......

dan Tayah dah pun 'poskan' bebudak bertiga ni balik ke rumah Tok Wan diorang kat Gunung Semanggol....
kesian pulak bila difikirkan....
tapi kena juga buat macam ni....

sebabnya Opah bebudak ni kat Ipoh tak dapat nak jaga bebudak bertiga ni....
kalau kat Semanggol....
Tok & Tok Wan nya ada.....
boleh la Tok & Tok Wan bebudak ni 'pass baton' kalau dah tak larat...

takpa la anak2 tayah...
seminggu ni je......
nanti hujung minggu ni Tayah datang dengan Ummi ye!

Sunday, April 3, 2011

Ustaz Muhammad Daniel Amzar??


Ustaz Muhammad Daniel Amzar???
Insyallah....
Ayah dan Ummi doakan moga2 adalah seorang anak2 ayah dan Ummi yang jadi Ustaz ataupun Ustazah.....

Saturday, April 2, 2011

Masa Bergembira

Baru2 ni bawa Kakak dengan Amsyar ke Jaya Jusco Ipoh....
niatnya nak bawa keduanya menonton Wayang....
dan cerita Rango jadi pilihan...
maklumlah sesekali keluar berseronok kan???

sementara menunggu Rango ditayangkan....
Ayahnya bawak lah bebudak ni ke tempat main disebelah TGV JJ Ipoh tu....
bukan main seronok lagi bebudak ni....
macam tempat tu diorang yang punya...
takpe laa....layan je gambar2 bebudak ni berseronok...


haaaa...ni masa bebudak ni dok dalam kereta Cinderella kot....
ala yang tertinggal kasut sebelah tu...

Kakak la tukang bawak kereta wagon ni....
setakat berdiri je kakak...
pegang stereng je...
tak berjalan2 la wagon ni kakak

si Amsyar....
penumpang yang tak sabo2 nak turun....
maklumle...
kakak pandu ikut kelajuan kelas memandu.....
itu yang Amsyar boring tuuu

nampak tu si Amsyar ...
dah pun turun....
lepas kakak...kakak...
mane le dia boleh tahan tengok kakak je pegang stereng...


Pandangan dari depan....
Kakak yang ala-ala memandu...
padahal eksyen je .....


Kakak bawa bas....
Amsyar jadi penumpang.....

Amsyar pulak lepas geram....
tengok tu stereng kereta ni lagi besar dari dia...


Sekarang Amsyar nak jadi Pilot pula....
mane la tau....
dah besar nanti betul2 dia jadi Pilot kan???
Amin...


Tengok tu....Bas Honda tauuu......
lampu macam lampu Ambulans...
berkelip2 sekejap kanan....sekejap kiri...

Wednesday, March 30, 2011

Kakak yang prihatin

Alhamdulillah, Kakak walaupun baru je berumur 3 tahun 10 bulan.... tapi perasaan sayang diapada adik-adik tu dah ada.... moga2 kekal lah perasaan macam ni sampai besar nanti... Dibawah ni, dipaparkan beberapa gambar Kakak memainkan peranan sebagai seorang kakak.... Kalau diikutkan banyak sebenarnya gambar kakak yang berkaitan dengan entri ni... tapi yang keluar banyak ni je... takpe...
Kakak kesian tengok Amsyar yang tak boleh2 juga nak butangkan baju dia...

sudahnya kakak tolong butangkan....

masa ni dua2nya baru lepas mandi....

Kalau diikutkan kerusi baby ni memang khas untuk si Amzar...tapi Amzar tak nak duduk dalam kerusi ni.....

tengok je le di sebelah kerusi tu terlentok dia...

gambar ni sebenarnya setelah ayahnya kesian tengok kakak yang lenguh kaki menahan adik dari jatuh kebawah

Ngantuk....tapi tak nak juga duduk dalam kerusi baby....



Kakak yang prihatin, kesian tengok adik bongsu dia ngantuk....


diletak adik dia kat sebelah dia.......


sanggup dia tahan walaupun dia dah lenguh.....


Jenuh kakak menahan lenguh kaki dia....


tapi sebab takut adik dia jatuh ke bawah....


dia tahankan juga.....

Monday, March 28, 2011

Amzar 6 bulan

Amzar dengan Ummi masa berumur 6 bulan
ke Klinik untuk cucuk 6 bulan
kesian tengok muka dia...
macam tau-tau je nak kena cucuk

tengok le tu, muka minta simpati
buat lah muka kesian macam mana pun Amzar,
cucuk tetap kena cucuk

Gambar ni censored
tapi disebabkan gambar bayi bawah umur lagi, takpe
macam biasa timbangan bayi diambil sebelum masuk berjumpa dengan doktor
berat Amzar bertambah 0.5 kilogram

dah timbang berat,
kena ukur pulak ketinggian Amzar
naik juga la sikit

sempat lagi la bersembang dengan nurse yang ambil timbangan berat badan dia tu,
apa disembangkan, takde siapa yang tahu....

Sunday, March 27, 2011

Amsyar yang kuat menyakat

Ini lah gambar si tertuduh dalam cerita ini,
Muhammad Nizar Amsyar....
nampak muka macam innocent je....
tapi dia suka sangat menyakat si kakak sampai menangis

Ini pula, barang mainan yang selalu menjadi punca budak berdua ni bergaduh....
padahal punya banyak la ayah dengan ummi beli barang mainan....
yang ini jugak jadi pilihan bebudak ni berdua....

Ini pula mangsa dalam cerita ni....
si kakak Nur Qurratu'aini
kadang-kadang terlalu beralah.....
itu yang sampai menangis....
tapi bila ada barang yang confirm kepunyaan dia....
jangan harap la si abang boleh dapat.....
akan dia pertahan sampai abang pulak yang menangis

Pihak tertuduh, Amsyar yang beria-ria menerangkan cerita yang sebenarnya.....
konon-konon nak bagi ayah sebelah pihak dia la tu.....
padahal ayah nampak yang sebenarnya.....
oooooo pandai ye.......nak menyakinkan orang ....

Amsyar setuju nak minta maaf dengan kakak,
tau takut....ayah tak nak bawa berjalan nanti....

Kakak dan Amsyar akhirnya berdamai semula,
itupun setelah Amsyar setuju nak minta maaf

Amzar berkerut dahi,
"apa-apa je la kakak dengan abang aku ni?"

Wednesday, January 26, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ahmad Amar Waiz


Ahmad Amar Waiz bin Redzuan Affendi

Tahniah la pada Pak Anjang & Mak Anjang bebudak bertiga ni. Pagi tadi Mak Anjang mereka telah selamat melahirkan anak keempat. Bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Amar Waiz bin Redzuan Affendi telah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dengan berat 4.12kg. Besar sungguh la sepupu baru bebudak bertiga ni.

Makin pening la Tok & Tok Wan Semanggol nak melayan cucu-cucu yang makin bertambah ni.

P/S: Pak Anjang bebudak bertiga ni adiknya Ummi bebudak bertiga ni.

Misteri Telefon

Kami sekeluarga hairan, semenjak dua menjak ni selalu je tak dapat nak telefon ke rumah. Asal telefon je, pasti ada perempuan di hujung talian yang menjawab. 'Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan'
Pelik juga, rasanya nombor telefon rumah elok lagi. Tak pernah pun dipotong. Alih-alih tak dapat je dihubungi.Pelik juga.

Akhirnya, kenapa telefon rumah tidak dapat dihubungi telahpun diketahui dan penyebabnye ada dalam gambar dibawah --->

Gambar belakang suspek utama misteri ini...

Akhirnya, suspek utama telah memunculkan diri dan memang sah takde suspek lain lagi.


Rupa-rupanya si Abang (Muhammad Nizar Amsyar) yang jadi punca kenapa kami selalu tak dapat nak telefon ke rumah. Dia rajin bermain dengan telefon rumah dan lepas tu gagang telefon tak diletak balik kat tempat sepatutnya. Alahai anak Ummi!

Disebabkan misteri telah dapat diselesaikan, maka secara rasminya
CASE CLOSED!!!

Sunday, January 23, 2011

Amzar dah Menerap

Hari ni Ahad 23 Januari 2011, dan kini dia berumur 4 bulan 11 hari. Setelah dua tiga hari ni Amzar mencuba. Akhirnya berjaya juga dia menerap, nampak betul susah payah dia mencuba.Golek sana, golek sini. Berjaya jugak Amzar. Tapi ada satu lagi masalah, bila dah berjaya menerap ni. Amzar tak reti lagi nak pusing jadi macam kedudukan asal dia. Takpe Amzar, buat sikit-sikit. Lama-lama boleh la tu...

Aksi pertama sebelum menerap, ambil 'tanjak' dulu

Ok, mule mengiring...ambil posisi

Hampir berjaya, tapi tangan tak lepas lagi

Yieeehaaaa..dah berjaya menerap, tapi tangan masih tak lepas lagi

berjaya jugak la Amzar lepaskan tangan dia tu


Muka penuh kepuasan, berjaya menerap setelah beberapa hari mencuba

Nampak penat tapi puas


Kesudahannya, Ayahnya angkat letak dalam tempat tidur dia......
Tahniah Amzar anak Ummi...