Friday, December 26, 2008

Bukit Merah Laketown Resort


Kenangan semasa Hari Keluarga Tourism Malaysia di Bukit Merah Laketown Resort. Masa ni Nur Qurratu'aini baru je berumur 3 bulan.

Monday, December 22, 2008

2 hari

Ketika berusia 2 hari, walaupun dilahirkan melalui kaedah 'Caesarean' tapi aku bersyukur kerana anak kami dilahirkan dalam keadaan sihat.

Anugerah Illahi....


Anak adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Setiap pasangan yang berumahtangga pasti menginginkan anak yang sudah pastinya akan melengkapkan perjalanan hidup mereka. Aku juga tidak terkecuali, anak sulung kami Nur Qurratu'aini bt D.Shahril Hakime telah selamat dilahirkan pada 15 Mei 2008. Puteri Sulung kami kini berumur 1 tahun 7 bulan. Dialah permata hati, dialah penghibur kami berdua. Walaupun penat melayan kerenah Nur Qurratu'aini, tetapi kami terhibur dengan keletahnya.

Friday, December 19, 2008

Anak Tayah.........

Dalam kehidupan bekeluarga, yang paling seronok bila dapat ahli baru (Baby). Bagi aku, anaklah pelengkap rumahtangga. Bila kita penat bekerja pun, bila balik dapat tengok keletah anak hilang semua penat. Cahayamata kami (D.Shahril Hakime Azimi dan Norazlinawati Saripudin) yang pertama Nur Qurratu'aini bt D.Shahril Hakime kini telah berusia 1 tahun 7 bulan. Walaupun kini aku berjauhan dari mereka. Maklumlah dah berpindah ke Ipoh.Dan setiap hujung minggu pasti aku ke KL . Mana tahan ooo..... anak isteri nombor satu oooo