Saturday, May 7, 2011

Dua Generasi


2 gambar diatas gambar Amzar dengan moyangnya...
Puan Hajjah Eshah binti Seman.....
walaupun bertongkat dan daya ingatan makin kurang....
tapi bila bermain dengan cicit-cicit nya bukan main lagi seronoknya...

Amzar pula, suka bila ada orang melayan dia...
tengok la tu, sambil tersengih-sengih duduk dengan moyangnya....
beza umur Amzar dengan moyangnya 79 tahun.....
tapi orang dulu-dulu selalu register kelahiran lambat...

tarikh yang tertera pada IC moyang dia 8 Ogos 1931....
Amzar pulak 12 September 2010.....
bayangkan jauhnya beza umur mereka berdua...
tapi hubungan antara moyang dengan cicitnya tetap teguh walaupun umur jauh berbeza....

Thursday, May 5, 2011

Gigit

Minggu lepas 1 Mei 2011 famili Encik Tayah di Ipoh adakan majlis kenduri tahlil untuk arwah Tok bebudak bertiga ni. Biasalah bila sudah kenduri adik-beradik semuanya balik termasuk lah sepupu-sepupu bebudak bertiga ni. Famili sebelah Ipoh ni Opah bebudak bertiga ni dah ada 5 cucu termasuk lah bebudak bertiga ni. Kakak (Nur Qurratu'aini) satu-satunya cucu perempuan keluarga sebelah Encik Tayah. Tapi tak juga dimanjakan sangat.

Bukan seronok lagi la bebudak ni bila sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.Amsyar agak rapat dengan anak maklong dia, si Haziq. Maklumlah umur pun tak jauh dengan Amsyar. Beza bulan je.Mula-mula memangok bebudak berdua ni. Tapi bila dah lama sikit mula lah 'berlaga angin' ada je yang tak kena. Dan hasilnya cuba tengok kat 3 keping gambar kat bawah ni.

nampak tak ada dua kesan merah disebelah tepi telinga dan juga disebelah hidung Amsyar.
Itulah dia hadiah dari Haziq. Bila dah 'berlaga angin' si Haziq gigit pipi si Amsyar.


masa kena gigit tu jangan tanya lah macam mana si Amsyar menangis.
maklumlah si Haziq gigit sebab geram. Nak marah pun tak guna. Budak-budak lah katakan.

dari jarak dekat. Kesian Amsyar.