Wednesday, January 26, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ahmad Amar Waiz


Ahmad Amar Waiz bin Redzuan Affendi

Tahniah la pada Pak Anjang & Mak Anjang bebudak bertiga ni. Pagi tadi Mak Anjang mereka telah selamat melahirkan anak keempat. Bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Amar Waiz bin Redzuan Affendi telah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dengan berat 4.12kg. Besar sungguh la sepupu baru bebudak bertiga ni.

Makin pening la Tok & Tok Wan Semanggol nak melayan cucu-cucu yang makin bertambah ni.

P/S: Pak Anjang bebudak bertiga ni adiknya Ummi bebudak bertiga ni.

Misteri Telefon

Kami sekeluarga hairan, semenjak dua menjak ni selalu je tak dapat nak telefon ke rumah. Asal telefon je, pasti ada perempuan di hujung talian yang menjawab. 'Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan'
Pelik juga, rasanya nombor telefon rumah elok lagi. Tak pernah pun dipotong. Alih-alih tak dapat je dihubungi.Pelik juga.

Akhirnya, kenapa telefon rumah tidak dapat dihubungi telahpun diketahui dan penyebabnye ada dalam gambar dibawah --->

Gambar belakang suspek utama misteri ini...

Akhirnya, suspek utama telah memunculkan diri dan memang sah takde suspek lain lagi.


Rupa-rupanya si Abang (Muhammad Nizar Amsyar) yang jadi punca kenapa kami selalu tak dapat nak telefon ke rumah. Dia rajin bermain dengan telefon rumah dan lepas tu gagang telefon tak diletak balik kat tempat sepatutnya. Alahai anak Ummi!

Disebabkan misteri telah dapat diselesaikan, maka secara rasminya
CASE CLOSED!!!

Sunday, January 23, 2011

Amzar dah Menerap

Hari ni Ahad 23 Januari 2011, dan kini dia berumur 4 bulan 11 hari. Setelah dua tiga hari ni Amzar mencuba. Akhirnya berjaya juga dia menerap, nampak betul susah payah dia mencuba.Golek sana, golek sini. Berjaya jugak Amzar. Tapi ada satu lagi masalah, bila dah berjaya menerap ni. Amzar tak reti lagi nak pusing jadi macam kedudukan asal dia. Takpe Amzar, buat sikit-sikit. Lama-lama boleh la tu...

Aksi pertama sebelum menerap, ambil 'tanjak' dulu

Ok, mule mengiring...ambil posisi

Hampir berjaya, tapi tangan tak lepas lagi

Yieeehaaaa..dah berjaya menerap, tapi tangan masih tak lepas lagi

berjaya jugak la Amzar lepaskan tangan dia tu


Muka penuh kepuasan, berjaya menerap setelah beberapa hari mencuba

Nampak penat tapi puas


Kesudahannya, Ayahnya angkat letak dalam tempat tidur dia......
Tahniah Amzar anak Ummi...

Saturday, January 22, 2011

Kenduri Cukur Jambul

Bukan.....bukan kami yang buat kenduri tu....
Hari Sabtu yang lepas. kebetulan jiran kami mengadakan kenduri Kesyukuran dan juga kenduri cukur jambul untuk cucu kedua nya. Kakak dan Amsyar macam biasa, bila nampak je Ayah dan Ummi nya bersiap mula la mereka gelabah.

Kakak sekarang ni kalau keluar rumah sudah mula nak bertudung, Alhamdulillah... walaupun dia pakai tudung sebab nak cantik.Tapi sekurangnya dia hendak jugak memakai tudung. Dibawah ni tengoklah sendiri aksi-aksi kakak dan Amsyar sebelum dan selepas ke kenduri ni.....sayangnya gambar masa kenduri lupa nak ambik....


Bukan...bukan....ini bukan baby yang cukur jambul tu....tapi Amzar yang kena tinggal sebab tido.....tu kain ayah tuu

Amsyar yang pantang berjalan....asal kaki jejak je tanah....tau la dia mana nak pegi

Dapat berjalan kaki ...bukan main seronok lagi Kakak dan Amsyar.



Makin jauh tinggalkan Ayah & Ummi


Kakak muka boring sebab tunggu Ummi & Ayah tak siap lagi


Biasa la, bila Ayah & Ummi tak siap lagi....layan tengok tv laa....

Mainan wajib Kakak & Amsyar....dan perhatikan...bantal busuk tak tinggal

Friday, January 21, 2011

Takziah kepada MakLong

Kelmarin....
kami dapat berita yang tak seronok buat keluarga kami...
Mak Long kepada budak bertiga ni keguguran....
Kandungan Mak Long bebudak ni dah berusia 13 minggu....

Mak Long mereka ni ialah mama nya kepada Haziq...

kesian Haziq....kalau tak dah ada adik sorang
Sepupu mereka bertiga.....
Doktor yang merawat MakLong mereka sahkan bahawa kandungan yang berusia 13 minggu ini......
tidak cukup sifat.....
dalam kata lain....
walaupun berusia 13 minggu tetapi kandungan hanyalah sebesar 9 minggu.....

Kandungan kali ni merupakan anak kedua mereka.....
tapi kita merancang Allah yang tentukan segalanya.....

Thursday, January 20, 2011

Amzar - Jam 2.22 Pagi

Tengok la gambar Amzar ni....
Jam 2.22 pagi pun sengih lagi....
tak nak tido lagi....
Ummi dengan Ayah dah pening-pening melayan si Amzar....

Wednesday, January 19, 2011

Roti Panas

Kakak sekarang dah pandai pilih2 makan....
kalau dulu tak kisah pun makan apa....
sekarang ni....
asal berjalan je....

KFC, McD, Kenny Rogers (jgn ingat kakak tak tau), Pizza Hut ...
semua tu dalam list dia....
yang Amsyar pulak....
biasa la....tak reti lagi...

tapi dia akan 'follow' kakak....
apa yang kakak makan....
dia nak.....

opsss dah jauh melalut ni....
ni nak bercerita tentang roti panas.....
ceritanya macam ni...

Satu malam tu Opahnya Kakak rasa lapar....
bila dah lapar, Opahnya jelajah le peti ais kat rumah tu....
terjumpa la roti.....siap ada kaya lagi....
tengah sedap2 Opahnya makan....

Kakak ternampak....
Opahnya kompem le offer pada cucu sulung dia ni...
tau apa Kakak jawab???....

'Opah, Kakak nak roti panas!'...
Opahnya jenuh memikir apa dia la Roti Panas tu....
Kakak pun jenuh jugak la 'explain' kat Opahnya tu....
bila kakak tunjuk je pada pembakar roti macam gambo kat bawah ni...


barula Opahnya faham....
rupanya kakak nak roti bakar......
alahaiiii Kakak.......

Saturday, January 15, 2011

Gelagat Anak2
















Sekadar gambar terbaru anak2 untuk tatapan semua..

Monday, January 10, 2011

Amzar Demam

Kesian Amzar......
demam lagi.......
tapi wlaupun dia demam...
tapi dia macam biasa....
takde pun macam demam.....
siap main sembur2 lagi....
habis basah mulut dia......
Baik dari demam.....
badan Amzar naik tanda kemerah-merahan....
ada tanda dia nak kena demam campak....
Atok (nenek AMzar sebelah Ummi nye dekat Gunung Semanggol)......
lekas-lekas bgi air Kelapa supaya keluar semua 'campak'nya...
Alhamdulillah setakat ni keluar bintik2 merah.....

Malamnya pulak....
untuk mengelakkan dari Amzar merasa 'miang'....
Ummi letakkan bedak sejuk diseluruh badan Amzar.....
sekurang-kurangnya dapat jugak menyejukkan badan Amzar....
Alahaiii.....kesiannya Amzar...
udah rupa macam opera cina pulak ....
tapi takpele....kita berusaha.....Allah yang sembuhkan....

Blog Anaktayah

Ermm...
tujuan blog ini dibuat sebenarnya...
untuk mencatatkan kisah2 anak2 kami berdua....
dan penulis mencuba sebaik mungkin untuk memasttikan blog ini sentiasa diupdate dari masa ke semasa......

dan untuk mengelakkan dari blog ini terbiar tanpa ada entri baru ......
penulis akan menyerahkan tugas mengupdate blog ini kepada orang lain.....
dan Insyallah selepas ini....
pastinya blog ini akan diupdate oleh orang yang paling hampir dengan 'budak-budak' ini....
tak lain tak bukan......

Ummi nye ....
Nur Qurratu'aini.....
Muhammad Nizar Amsyar
Muhammad Daniel Amzar