Wednesday, January 26, 2011

Misteri Telefon

Kami sekeluarga hairan, semenjak dua menjak ni selalu je tak dapat nak telefon ke rumah. Asal telefon je, pasti ada perempuan di hujung talian yang menjawab. 'Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan'
Pelik juga, rasanya nombor telefon rumah elok lagi. Tak pernah pun dipotong. Alih-alih tak dapat je dihubungi.Pelik juga.

Akhirnya, kenapa telefon rumah tidak dapat dihubungi telahpun diketahui dan penyebabnye ada dalam gambar dibawah --->

Gambar belakang suspek utama misteri ini...

Akhirnya, suspek utama telah memunculkan diri dan memang sah takde suspek lain lagi.


Rupa-rupanya si Abang (Muhammad Nizar Amsyar) yang jadi punca kenapa kami selalu tak dapat nak telefon ke rumah. Dia rajin bermain dengan telefon rumah dan lepas tu gagang telefon tak diletak balik kat tempat sepatutnya. Alahai anak Ummi!

Disebabkan misteri telah dapat diselesaikan, maka secara rasminya
CASE CLOSED!!!

No comments:

Post a Comment