Tuesday, September 14, 2010

Ahlan Ya Sahlan Muhammad Daniel Amzar

Alhamdulillah....
itulah nama yang saya dan isteri rancang untuk anak ketiga kami dan.......
pada pagi hari raya yang ketiga 12 September 2010 @ 3 Syawal 1431 yang lepas....
anak lelaki kami telah selamat dilahirkan pada jam 9.21 pagi....
dengan berat 3.73kg...... ummi telah selamt melahirkan anak kami berdua yang ketiga secara normal....

tempat kelahiran yang tiada dalam perancangan kami iaitu Hospital Taiping...
membuatkan saya agak kelam kabut menguruskan kakak dan abang Amzar.....
ditambah dengan saya yang berada di Ipoh semasa ummi menelefon memberitahu ummi sedang sakit....

Dengan tiada tanda2 baby akan dilahirkan....
membuatkan keluarga mertua saya mengambil sedikit masa sebelum memanggil ambulans datang ke rumah.....

Ummi masuk ke 'labor room' pada jam 7.30 pagi.....
dan tidak seperti abang dan kakaknya sebelum ini yang mengambil masa lama sebelum dilahirkan....
baby dilahirkan tepat jam 9.21 pagi....
dan saya datang tepat pada masanya untuk mengazankan putera kami....

Alhamdulillah....
tambah lagi seorang Umat Islam di dunia ini dan seorang lagi penyeri dalam kelaurga kami...

No comments:

Post a Comment