Showing posts with label Cerita - Baby. Show all posts
Showing posts with label Cerita - Baby. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Kalo Baby tak Geng kakak!


Semalam Mem awok baru je buat check up biasa...
maklumlah...
kandungan dah masuk bulan ke 8....
dah tak lama dah ni...

dan semalam jugak ...
doktor scan kandungan Mem awok...
Alhamdulillah.... baru lah nampak jantina baby baru kami berdua....

tapi awok nak rahsiakan dulu dari Kakak dengan Abang2 nya dulu...
sebabnya kakak kalo boleh dia nak baby girl yang keluo...
sementara abang dengan adik....
nak baby boy....

dibawah ni perbualan awok dengan kakak....

Awok : "kakak... kalo baby yang keluo nanti tak geng kakak macam mana??"
geng tu bermaksud tak sejantina dengan kakak....
kakak : "alaaaaaaa..... bagi lah baby girl yang keluar.... kakak nak adik perempuan!"

Awok : "Kakak taknak adik lelaki ke?"
kakak : " kakak dah ada 2 adik lelaki... kakak nak ada kawan dalam bilik!"
Awok : " Tapi.... kalo keluo jugak baby boy macam mana?"...
kakak : "ermmm... ayah bagilah keluar baby girl jugak!...
Awok : terkedu ....

errrr....
kalo le tayah boleh tentukan jantina yang keluo...
uiii...senang keje!!.. hihihih...

Sunday, September 19, 2010

Check Kuning

Selepas dibenarkan keluar dari Hospital pada Hari Jumaat yang lepas (17/09/2010)...
Kami diminta membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan Gunong Semanggol....

Walaupun Klinik tutup pada hari Sabtu & Ahad....
tetapi untuk pemeriksaan Kecemasan dan Bayi Klinik dibuka untuk tempoh sejam bermula jam 10.00 pagi hingga ke 11.00 pagi....

Pemeriksaan pada pagi Sabtu yang lepas....
Pegawai Perubatan yang bertugas memaklumkan bahawa kadar Kuning Amzar naik kembali....
dan diminta kembali untuk pemeriksaan pada hari Ahad.....

Dan pada pagi tadi.....
Walaupun Kuning Amzar turun sedikit.....
tetapi masih dalam kondisi yang membolehkan Amzar dan Umminye...
ditahan di Hospital kembali....

Aduiiiii

Wednesday, September 15, 2010

Kembali Ke Hospital Taiping

Errmmm...
setelah yakin yang Amzar tiada masalah...
akhirnya yg ditakuti oleh saya berlaku juga....

Tahap Kuning AMsyar pada tahap 15.6....
dan Jururawat yang menjengok kerumah petang tadi...
meminta saya membawa Amsyar ke Klinik Kesihatan Gunong Semanggol untuk pemeriksaan lanjut....

Dan akhirnya.....
Amsyar dan Umminye ditahan diwad kanak-kanak (Wad 3B - Hospital Taiping)
Semoga Kuning AMsyar berkurang pada keesokkan hari nanti....
Insyallah...

P/S: Ayah terpaksa tidur dlm kereta malam ni...

Selamat sampai ke rumah

Alhamdulillah....
Semalam Ummi dan Baby dah boleh balik ke rumah.....
selepas menunggu dari Tengahari....
pukul 5 juga le ....selesai semua urusan....

Tuesday, September 14, 2010

Ahlan Ya Sahlan Muhammad Daniel Amzar

Alhamdulillah....
itulah nama yang saya dan isteri rancang untuk anak ketiga kami dan.......
pada pagi hari raya yang ketiga 12 September 2010 @ 3 Syawal 1431 yang lepas....
anak lelaki kami telah selamat dilahirkan pada jam 9.21 pagi....
dengan berat 3.73kg...... ummi telah selamt melahirkan anak kami berdua yang ketiga secara normal....

tempat kelahiran yang tiada dalam perancangan kami iaitu Hospital Taiping...
membuatkan saya agak kelam kabut menguruskan kakak dan abang Amzar.....
ditambah dengan saya yang berada di Ipoh semasa ummi menelefon memberitahu ummi sedang sakit....

Dengan tiada tanda2 baby akan dilahirkan....
membuatkan keluarga mertua saya mengambil sedikit masa sebelum memanggil ambulans datang ke rumah.....

Ummi masuk ke 'labor room' pada jam 7.30 pagi.....
dan tidak seperti abang dan kakaknya sebelum ini yang mengambil masa lama sebelum dilahirkan....
baby dilahirkan tepat jam 9.21 pagi....
dan saya datang tepat pada masanya untuk mengazankan putera kami....

Alhamdulillah....
tambah lagi seorang Umat Islam di dunia ini dan seorang lagi penyeri dalam kelaurga kami...

Sunday, September 12, 2010

Berdebar Menanti Ahli Baru!




Sehingga ke tarikh hari ini.....
12 September 2010 jam 12.27 pagi....
my wife still tak bersalin lagi.....

walaupun doktor telah memberi tarikh 15 September 2010 sebagai tarikh due kelahiran baby baru kami....
tetapi memandangkan minggu ini merupakan minggu ke 39 baby dalam kandungan.....
membuatkan saya dan isteri agak cemas menanti kelahiran anak ketiga kami.....
jika mengikut kepada rekod kelahiran dua anak kami sebelum ini....
mereka berdua lahir pada minggu ke 38..........
menurut doktor lagi.....sekiranya minggu ke 40.....
isteri saya masih tidak bersalin.....
kemungkinan untuk ditahan di wad adalah amat tinggi.....
dan kami cuba mengelakkan perkara ini dari berlaku.....

ditambah pula dengan keputusan 'scan' yang tidak menentu membuatkan kelahiran kali ketiga ini seakan sesuatu yang istimewa bakal berlaku kepada kami sekeluarga.....
sebenarnya bagi kami berdua....
kelahiran anak2 kami adalah sesuatu yang istimewa kepada kami.......
dari berdua....
kami bertiga.....
kini berempat....
dan bakal menjadi lima......

Semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran bayi kami yang ketiga ini.....
Insyallah

Thursday, September 2, 2010

Scan 1 September 2010




ini bukan gambar scan baby kami



1 September 2010...
Buat pemeriksaan biasa di Klinik Desa Pengkalan Pegoh.....
Alhamdulillah....
tiada apa-apa masalah seperti yg kami diberitahu oleh DOktor....

Habis je urusan di Klinik Desa Pengkalan Pegoh...
kami ke Klinik Panel di Bandar Ipoh Raya....
terus isteri aku buat pemeriksaan kandungan lagi....

Biasa la, kalau di klinik swasta....
DOktor akan pesan utk buat semua pemeriksaan yang boleh...
check urine sehingga la ke Scan kandungan....

kali ni kami tergelak besar....
sebabnya....
setelah beberapa kali scan sebelum ini....

hampir 100% baby girl yang akan keluar.....
kali ni scan terakhir baby boy pulak yg bakal keluar....
malahan aku sendiri pun tengok gambar 2D scan di monitor doktor...
mmg jelas nampak 2 bijik telur .....kekeke....

takpe.....kami redho .....
lelaki atau perempuan....
asalkan sihat dan cukup sifat.....