Friday, December 3, 2010

Perangai Amzar Terkini

Amzar ataupun nama penuhnya Muhammad Daniel Amzar...
anak bongsu kami......
sekarang ni dah pandai berjaga malam.....

asal pukul 1 ke atas dia mula berjaga....
masa tu la dia nak bermain.....
masa tu la dia rajin bersembang dengan Ummi & Ayahnya....

jenuh kami berdua melayan dia....
maklumla...
besok pagi nya dua-dua nak berkerja....

tapi anak punya pasal....
kami layan jugak....
nak kata dia kembong tak jugak....
tapi tak tau laaaa.......

selagi ayah dengan ummi larat....
ayah dengan ummi layan....
kalau tak ....sembang sorang2 la Amzar...

Sunday, November 14, 2010

Sepupu Kakak, Amsyar & Amzar


Umar Nuqman
(Anak kepada MakYang mereka bertiga)
Haziq
(Anak kepada Maklong mereka)

Kakak & Amsyar di Pizza Hut

Sebenarnya gambar ni dua minggu lepas....
masa bawa anak2 ke Bandar Taiping....
Kakak asyik menyebut 'Nak Makan Pizza'...
'Nak Makan Pizza'

jadinya bawa lah kakak dengan Amsyar ....
memang seronok lah kakak dengan Amsyar....
adik Amzar pula....tinggal dengan Tok & Tok Wan....
kesian....

layan je laa gamabr kat bawah ni...



Saturday, November 13, 2010

Perangai Muhammad Nizar Amsyar Terkini

Anak lelaki kedue kami....
yang kami panggil Amsyar ataupun abang....
sekarang dah dapat hobi baru....

pantang tengok ayahnya lepaskan stereng kereta....
dia ke depan dulu....
hajat hati nak bawak kereta....
walaupun kaki tak sampai ke bawah.....
tinggi pun tak lepas stereng.....

tapi selagi boleh dia nak pegang stereng kereta tu.....
dah dapat pegang tu....
jangan harap le dia nak lepas.....
kalau dapat lepas pun....
confirm dia melalak.......

tengok je la gambar dia dekat bawah ni...

Thursday, November 4, 2010

Muhammad Daniel Amzar



1 hari

Thursday, October 21, 2010

Kenapa Gambar Amzar takde??

Penulis dah cuba sebaik boleh nak upload gambar anak ketiga penulis dalam blog ini....
tapi disebabkan kamera penulis rosak pada masa ini....
dan tambah menariknya Memory Card turut sama dihantar ke kedai.....
terlupa sungguh....

tunggu je lah.....
tak sabar nak letak gambar Amzar dalam blog yang penulis dedikasikan pada anak-anak penulis....
anaktayah....

Monday, October 11, 2010

12102010

Wahhh...
Muhammad Daniel Amzar sudah genap sebulan tengok dunia ni...
sekejap je masa berlalu.....
moga anaktayah bakal menjadi anak yang soleh....
dan gembira dengan abang dan kakak nya....
mendengar kata ayah dan ummi....
Amin...

Thursday, October 7, 2010

Kuning Amzar Turun Lagi

Alhamdulillah....
Semalam Amzar dibawak Tok & Tok Wan nye ke Klinik Gunong Semanggol....
dah kuningnya dah turun ke 10....
moga turun lagi sehingga ke tahap 8....
chaiyok..chaiyok Amzar

Tuesday, October 5, 2010

Kisah Amsyar

Kesian Amsyar....
kisahnya macam ni....
Amsyar demam pada hari Sabtu yang lepas....

sebelum tu sudah masuk hari keempat AMsyar demam....
dan ada tanda2 merah di badan Amsyar....
walaupun ubat demam dan ubat antibiotik diberi...
tapi demamnya tak juga kebah....
on off....on off....

jadi petang Sabtu yang lepas ....
Ayah membawa Amsyar dan adiknya Amzar ke klinik....
Amzar pula disebabkan putih di dalam mulutnya....
doktor mengesyakki Amsyar dijangkiti demam denggi.....

Doktor mengesyorkan agar Amsyar dibawa ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut....
disana....darah Amsyar telah diambil sebanyak 2 kali....
alahaiiii kesian abang.....
menangis tak ingatlah dia....

nasib baik lah ummi ada ikut bersama....
takdelah lama Amsyar menangis....
keputusan dari ujian darah tadi....
doktor memaklumkan bahawa terdapat jangkitan kuman di saluran pernafasan Amsyar....

walaupun masih diperingkat awal...
doktor meminta kami mengambil langkah pencegahan....
untuk mengelakkan dari sakit Amsyar menjadi lebih teruk....
alahaiii...kesian Amsyar....

lain penyakit nak ditengok....
lain pulak penyakit yang dapat....
nampaknya selain dari Adik Amzar....
Amsyar juga perlu diberi lebih perhatian oleh Ummi...

P/S: Maklumlah ayah di Ipoh.....

Saturday, October 2, 2010

Kuning dah kurang

Alhamdulillah....
selepas kerap breast feeding (BF) dan amalkan petua yang Bidan Esah bagi...
Kuning Amzar dah kurang......
semalam last check...
dah turun 11 ....
tapi still kena pegi jugak Isnin ni....

takpele....
selagi kuning dia tak stabil...
berulang klnik pun takpe....

Tuesday, September 28, 2010

Pening dengan Kunin Amzar

Ayah dan Ummi makin pening demam Kuning @ Jaundis Amzar.....
sekejap naik.....
sekejap turun....
dan sekarang sudah 17 hari Amzar dilahirkan.....
kebiasaannya Demam Kuning tidak akan lama menyerang bayi yang baru dilahirkan......
tetapi berbeza dengan Amzar....
Kuning nya on off.....

Hari Jumaat yang lepas....
Kuning Amzar turun kepada tahap 11....
tapi pemeriksaan hari Sabtu pulak kuning Amzar naik sehingga ke tahap 13...

Dan Amzar perlu ke klnik lagi hari Isnin ...
iaitu semalam untuk pemeriksaan lanjut Demam Kuningnya...
tapi kebetulan Ayah membawa Ummi berurut di Kg Balik Bukit, Gunung Semanggol...
siapa tak kenal Bidan Esah??....

dari muda sehingga la sekarang beliau menjadi Bidan di Gunung Semanggol....
beliau juga bukan calang-calang orangnya.....
sebabnya beliau merupakan bidan kampung yang dilantik oleh Pihak Hospital untuk memberi khidmat di Gunung Semanggol...

Beliau mengesyorkan supaya Amzar diberi mandi dengan limau kasturi untuk mengeluarkan panas dalam badan yang menyumbang kepada Kuning Amzar.....
dan Alhamdulillah.....
baru pertama kali mencuba pada petang Ahad yang lepas....
Kuning Amzar turun kepada tahap 12....

Insyallah......
Ummi akan memandikan Amzar dengan air limau kasturi sehingga lah Kuning Amzar turun sehingga ke tahap 8.....

Friday, September 24, 2010

Kuning Amzar Turun ke 11

ALhamdulillah....
sebelum sembahyang Jumaat tengahari tadi....
Ummi bagitau Kuning Amzar dah turun balik ke 11....
tapi still kena pergi check seperti biasa...

aduilllaaa ....kesian Amzar...kena ambik darah lagi

Thursday, September 23, 2010

Kuning Amzar naik balik

Tengahari tadi, saya dimaklumkan oleh Ummi....
Kuning Amzar naik kembali ke tahap 13.....
sedangkan pelbagai cara dibuat untuk mengurangkan demam Amzar....

Esok...darah Amzar akan diambil lagi.....
Kesian Amzar

Reaksi Kakak Terima Ahli Baru

Alhamdulillah...
Kakak dapat menerima baik kehadiran Amzar dalam keluarga kami.....
mungkin kerana kakak yang agak peramah seronok mendapat adik baru....
sehinggakan saudara-mara yang datang 'menyakat' untuk mengambil adik barunya pun dimarahnya.......

Sekarang ni tugas kakak (walaupun kakak masih kecil)....
untuk memujuk Amsyar yang kelihatan 'jauh hati' dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami....
walaupun pada dasarnya Amsyar selalu mencium adiknya....
mungkin Amsyar merasakan tempat bermanja dia telah dirampa oleh orang lain....

Kakak sebagai anak sulung....
kena tunjukkan contoh yang baik pada Amsyar....

P/S: Kakak kan Kakak!

Wednesday, September 22, 2010

Kesian Amsyar

Amsyar sejak kelahiran adiknya Amzar.....
makin hari makin kuat meragam.....
nasib baik kerana Amsyar di kampung Umminye....
kerana Ummi berpantang disana......

boleh kata Amsyar kuat menangis dan makin banyak ragamnya....
pelbagai cara yang Amsyar buat (dalam konteks kanak-kanak)....
untuk tarikh perhatian semua orang....
dalam masa yang sama Amsyar juga sudah pandai berjalan......

tapi iyelah....
sebagai ibu bapa yang prihatin....
saya dan ummi sedia maklum semua yang dibuat Amsyar adalah semata-mata....
untuk mendapat perhatian Ayah dan Ummi.....

dan sejak dari kelahiran Amzar....
Amsyar makin rapat dengan Tok Wan....
pendek kata...
dari celik mata sampai la waktu tidor...
Amsyar akan duduk di celah ketiak Tok Wan....

Takpela Amsyar.....Amsyar abang kepada Amzar.....Amsyar kena beralah.....
Amsyar kan abang...

Bacaan Talkin - M Rajoli



Penampilan pertame Allahyarham M.Rajoli dalam dunie lakonan......
Geghun (gerun) bile mendengo Talkin yang dibace Allayarham....
Kini takde lagi suaghe (suara) atau lakonan Allahyarham yan gterbaghu (terbaru) dapat kite tengok ato dengo lagi....

Al-FAtihah....
Moge tenang di sane....Insyallah

Amzar - 11 hari

Demam Kuning atau Jaundis merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir.....
Sekiranya tidak dikesan dari peringkat awal....
bimbang akan menyerang otak bayi tadi....
yang akhirnya akan menyebabkan kesan jangka masa panjang pada bayi tersebut...


Fakta diatas merupakan sebab mengapa Demam Kuning perlu dielak

Walaupun Amzar telah 11 hari dilahirkan tetapi pemeriksaan kuning perlu dilakukan......
Pagi tadi saya dimaklumkan oleh Atok Amzar....
pemeriksaan kuning Amzar di KK Gunong Semanggol menunjukkan penurunan sehingga ke paras 11.....
Alhamdulillah.......

Walaubagaimanapun, pemeriksaan masih perlu dijalankan esok....
Kesian Amzar.....hari-hari kena ambil darah

Sunday, September 19, 2010

Check Kuning

Selepas dibenarkan keluar dari Hospital pada Hari Jumaat yang lepas (17/09/2010)...
Kami diminta membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan Gunong Semanggol....

Walaupun Klinik tutup pada hari Sabtu & Ahad....
tetapi untuk pemeriksaan Kecemasan dan Bayi Klinik dibuka untuk tempoh sejam bermula jam 10.00 pagi hingga ke 11.00 pagi....

Pemeriksaan pada pagi Sabtu yang lepas....
Pegawai Perubatan yang bertugas memaklumkan bahawa kadar Kuning Amzar naik kembali....
dan diminta kembali untuk pemeriksaan pada hari Ahad.....

Dan pada pagi tadi.....
Walaupun Kuning Amzar turun sedikit.....
tetapi masih dalam kondisi yang membolehkan Amzar dan Umminye...
ditahan di Hospital kembali....

Aduiiiii

Thursday, September 16, 2010

Muhammad Daniel Amzar = Zorro?

Malam tadi saya berkesempatan masuk ke wad 3B...
dapatlah menjenguk Ummi & Amzar.....
kebetulan menghantar nasi Ummi....
Ummi yg kelaparan setelah hanya makan roti pada waktu petangnya...

Kesian Amzar....
dengan mata nya yang ditutup kedua-duanya......
dan diletak dibawah inkubator....
dengan hanya memakai pampers sahaja....

Tapi demi untuk kebaikan Amzar....
Kami terpaksa merelakan....
nasib baik Ummi dapat tidur disebelah Amzar....
sekurangnya.....
Ummi dapat menyusukan Amzar bila dia menangis....

Berdebar menanti hari ni....
Keputusan sama ada Amzar dibenarkan balik atau tidak...
Minta2 keputusannya baik...
Insyallah

Wednesday, September 15, 2010

Kembali Ke Hospital Taiping

Errmmm...
setelah yakin yang Amzar tiada masalah...
akhirnya yg ditakuti oleh saya berlaku juga....

Tahap Kuning AMsyar pada tahap 15.6....
dan Jururawat yang menjengok kerumah petang tadi...
meminta saya membawa Amsyar ke Klinik Kesihatan Gunong Semanggol untuk pemeriksaan lanjut....

Dan akhirnya.....
Amsyar dan Umminye ditahan diwad kanak-kanak (Wad 3B - Hospital Taiping)
Semoga Kuning AMsyar berkurang pada keesokkan hari nanti....
Insyallah...

P/S: Ayah terpaksa tidur dlm kereta malam ni...

Hari Pertama di Rumah

Alhamdulillah....
Hari Pertama ataupun malam pertama dirumah....
Muhammad Daniel Amzar berlalu dengan baik.....
cuma Amzar selalu terjaga malam....
kerana nak menyusu....

Abang dan Kakak Amzar...
nampak sdikit cemburu....
tapi Kakak sebab dah besar....
dah boleh terima orang baru dalam keluarga....

sementara AMsyar masih dalam tempoh penyesuaian....
takpele......
moga2 AMsyar boleh menerima kehadiran Amzar....
sepertimana Kakak menerima kehadiran Amsyar semasa berumur 2 tahun....

P/S: Amsyar kan Abang!?...kenale beralah!

Selamat sampai ke rumah

Alhamdulillah....
Semalam Ummi dan Baby dah boleh balik ke rumah.....
selepas menunggu dari Tengahari....
pukul 5 juga le ....selesai semua urusan....

Tuesday, September 14, 2010

Ahlan Ya Sahlan Muhammad Daniel Amzar

Alhamdulillah....
itulah nama yang saya dan isteri rancang untuk anak ketiga kami dan.......
pada pagi hari raya yang ketiga 12 September 2010 @ 3 Syawal 1431 yang lepas....
anak lelaki kami telah selamat dilahirkan pada jam 9.21 pagi....
dengan berat 3.73kg...... ummi telah selamt melahirkan anak kami berdua yang ketiga secara normal....

tempat kelahiran yang tiada dalam perancangan kami iaitu Hospital Taiping...
membuatkan saya agak kelam kabut menguruskan kakak dan abang Amzar.....
ditambah dengan saya yang berada di Ipoh semasa ummi menelefon memberitahu ummi sedang sakit....

Dengan tiada tanda2 baby akan dilahirkan....
membuatkan keluarga mertua saya mengambil sedikit masa sebelum memanggil ambulans datang ke rumah.....

Ummi masuk ke 'labor room' pada jam 7.30 pagi.....
dan tidak seperti abang dan kakaknya sebelum ini yang mengambil masa lama sebelum dilahirkan....
baby dilahirkan tepat jam 9.21 pagi....
dan saya datang tepat pada masanya untuk mengazankan putera kami....

Alhamdulillah....
tambah lagi seorang Umat Islam di dunia ini dan seorang lagi penyeri dalam kelaurga kami...

Sunday, September 12, 2010

Hampir tibe

Masa catatan ini dibuat....
Ambulans telahpun tiba di laman keluarga mertua saya....

saya yang di Ipoh telahpun bersiap untuk ke Hospital Taiping....
dan ummi pun diberitakan nampak agak selesa walaupun dalam keadaan sakit....
Semoga dipermudahkan segala urusan ummi bersalin....
Insyallah.....

Berdebar Menanti Ahli Baru!




Sehingga ke tarikh hari ini.....
12 September 2010 jam 12.27 pagi....
my wife still tak bersalin lagi.....

walaupun doktor telah memberi tarikh 15 September 2010 sebagai tarikh due kelahiran baby baru kami....
tetapi memandangkan minggu ini merupakan minggu ke 39 baby dalam kandungan.....
membuatkan saya dan isteri agak cemas menanti kelahiran anak ketiga kami.....
jika mengikut kepada rekod kelahiran dua anak kami sebelum ini....
mereka berdua lahir pada minggu ke 38..........
menurut doktor lagi.....sekiranya minggu ke 40.....
isteri saya masih tidak bersalin.....
kemungkinan untuk ditahan di wad adalah amat tinggi.....
dan kami cuba mengelakkan perkara ini dari berlaku.....

ditambah pula dengan keputusan 'scan' yang tidak menentu membuatkan kelahiran kali ketiga ini seakan sesuatu yang istimewa bakal berlaku kepada kami sekeluarga.....
sebenarnya bagi kami berdua....
kelahiran anak2 kami adalah sesuatu yang istimewa kepada kami.......
dari berdua....
kami bertiga.....
kini berempat....
dan bakal menjadi lima......

Semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran bayi kami yang ketiga ini.....
Insyallah

Wednesday, September 8, 2010

Gelagat Kakak & Amsyar depan Laptop









Kenangan Raya 2009





Gambar-gambar dibawah ni merupakan gambar2 kenangan semasa kami beraya di rumah Tok & Tok Wan Kakak & Amsyar di Semanggol tahun lepas (2009) .... semua gambar Kakak dengan sepupu dia....gambar Amsyar pulak yg tak jumpa...




Tuesday, September 7, 2010

Gambar Kakak Berumur Setahun Lebih





Banyak sangat gambar kakak dalam simpanan......
so utk tidak menyesakkan ruang.....
2 keping ni pun jadila

Kali Pertama Bertemu

Gambar2 dibawah adalah semasa hari pertama Amsyar dilahirkan ke dunia....
ia juga merupakan kali pertama kakak bertemu dengan Amsyar....
Gelagat kakak yg hairan jantina Amsyar yg berbeza dengan dia membuatkan kami semua gelihati.....



Sunday, September 5, 2010

Teruja

2 hari cuti yg ada ni...
kami sekeluarga gunakan untuk ber'shopping'...
alang2 dah balik ke rumah mertua di Gunung Semanggol...
kami jalan2 ke Bandar Taiping & Pekan Bagan Serai...

nampak dua putera dan puteri kami agak teruja....
bila sampai masa memilih baju raya mereka berdua....
si Amsyar yg kecik pun dah pandai memilih....
si Kakak seperti biasa dah pandai demand....
dah tau nak memilih baju mana yang berkenan di hati dia...

dengan perut ummi yg makin membesar...
maklumlah due nak bersalin dah sampai....
ummi tetap maintain....
tak nampak penat....
walaupun pergerakan ummi perlahan....

Buat kakak...
Baju Kurung sehelai berwarna Pink + Krim
dengan sepasang kasut yg harga lebih kurang harga kasut ayah & ummi...
Tok Wan & Tok tambah lagi sehelai baju kurung utk kakak....
baju2 yg moden dah pun kami beli sejak sebelum Ramadan lagi....
jadi takdelah 'rushing' sangat nak berjalan....

Buat Amsyar....
Sehelai baju Melayu berwarna pink...
dengan Kopiah yg mmg sesuai untuk Amsyar....
dan kasut sandal pilihan ummi....
seperti juga kakak.....
Baju2 Amsyar dah pun kami beli sebelum Ramadan lagi....

Buat Ummi & Ayah...
Takpele.....Ummi & Ayah sibuk nak sambut ahli baru dalam famili kita....
moga dipermudahkan semua urusan Ummi bersalin nanti...
Amin......

Thursday, September 2, 2010

Scan 1 September 2010




ini bukan gambar scan baby kami



1 September 2010...
Buat pemeriksaan biasa di Klinik Desa Pengkalan Pegoh.....
Alhamdulillah....
tiada apa-apa masalah seperti yg kami diberitahu oleh DOktor....

Habis je urusan di Klinik Desa Pengkalan Pegoh...
kami ke Klinik Panel di Bandar Ipoh Raya....
terus isteri aku buat pemeriksaan kandungan lagi....

Biasa la, kalau di klinik swasta....
DOktor akan pesan utk buat semua pemeriksaan yang boleh...
check urine sehingga la ke Scan kandungan....

kali ni kami tergelak besar....
sebabnya....
setelah beberapa kali scan sebelum ini....

hampir 100% baby girl yang akan keluar.....
kali ni scan terakhir baby boy pulak yg bakal keluar....
malahan aku sendiri pun tengok gambar 2D scan di monitor doktor...
mmg jelas nampak 2 bijik telur .....kekeke....

takpe.....kami redho .....
lelaki atau perempuan....
asalkan sihat dan cukup sifat.....

Kakak Puasa la

Kakak.....nama panggilan anak dara sulung aku.....
sekrang berumur 3 tahun 3 bulan 15 haghi.....
Selaras dengan kenaikan umur dia.....
camtu jugak le mulut diaaa....

macam bertih jagung.....
ada je benda dia nak cerita......
ape je yg terlintas kat fikiran dia....
atau yg dia nampak depan mata....
mmg habis-habisan le dia bertanya....

yg jadi mangsa Ayah dgn Ummi dia.....
jawab juge le walaupun kekadang jawapan agak tersasar jauh.....

sempena bulan pose ni....
lepas ambik je dua anak aku dari nursery yg kami hanto.....
kompom soalan pertame aku....
'Kakak puasa tak haghi ni?'

Spontan die menjawab...
'Kakak puasa, tapi tadi Kak Lang (Pengasuh die) bagi makan nasik'...

Ayah die tanye lagi...
'Aik, kalo kakak makan nasik kakak tak puasa la!'

Die jawab balik
'Kakak puasa la ayah, tadi kakak muntah balik'

kekekekeek........ pengertian pose pade bebudak......

Tuesday, August 31, 2010

Amsyar Dah Berjalan

Errmmm...
Amsyar sekarang ni....
dalam seminggu dua ni dah mula berjalan jatuh....

Asalkan ada ruang utk dia berjalan...
mmg dia akan berjalan....
walaupun jatuh....
dia bangun balik......

Teruskan anak tayah.....
yang bakal jadi abang Ngah ni...
Sekali jatuh...
berkali-kali kita bangun Amsyar